Tips Memilih Tarikh Pertunangan/Perkahwinan Dan Kalendar 2016

Termasuk Perancangan Cuti Optimum

RUJUK HARI CUTI UMUM/CUTI SEKOLAH

Memudahkan ahli keluarga dan tetamu yang jauh hadir. Tetapi ada kos yang lebih tinggi semasa cuti umum (peak season).

HARI PERAYAAN/KEBESARAN AGAMA 

Cuba elakkan memilih tarikh sama/hampir dengan perayaan keagamaan seperti hari raya puasa, dan hari raya haji. Kemungkinan ada pihak yang terlibat seperti jurunikah dan lain-lain tidak dapat memberi komitmen untuk majlis anda.

TARIKH MEMPERINGATI PERKARA PENTING 

Ada juga yang memilih tarikh lahir pasangan masing-masing ataupun tarikh pertemuan pertama dan sebagainya.

FAKTOR CUACA/MUSIM 

Cuti sekolah hujung tahun sinonim dengan musim hujan. Pastikan persiapan rapi jika memilih tarikh di waktu ini.

SUSUNAN NOMBOR CANTIK 

Tarikh dengan susunan nombor tertentu, bukan saja menarik, malah mudah untuk diingati.

PERSETUJUAN BERSAMA 

Faktor paling utama dalam pemilihan tarikh. Perlu diambil kira pendapat ahli keluarga terdekat kerana mereka yang akan menjadi tulang belakang majlis anda. 

JANGAN TERBURU-BURU 

Pastikan semua yang terlibat mempunyai tempoh yang secukupnya untuk membuat persediaan rapi majlis anda.